We Are Glad To Be Featured In Diva.My

We are really excited to be featured at Diva. Our favorite sentence is “Sekadar info, Yein&Young menawarkan produk kecantikan dan badan yang tidak mengandungi bahan tambahan bahaya yang tidak diperlukan oleh kulit. Demi memenuhi permintaan dan kembali kepada asas; Yein&Young diperbuat daripada bahan organik berkualiti yang menjaga kesejahteraan dan juga alam sekitar” which translates “For your information, Yein&Young offers beauty and body products that do not contain harmful additives that the skin does not need. In order to meet demand and get back to basics; Yein&Young is made from quality organic ingredients that take care of well-being and also the environment”

Below are a few clips taken from the articles:

[Temu Bual] Rutin Harian Jadi Mudah Dengan Produk Semula Jadi Yein&Young

Foto: WeiYein – Founder of Yein&Young

DIVA yakin pasti ramai yang pernah dengar tentang jenama kecantikan yang bersih dan minimalis; Yein&Young. Sekadar info, Yein&Young menawarkan produk kecantikan dan badan yang tidak mengandungi bahan tambahan bahaya yang tidak diperlukan oleh kulit.

Demi memenuhi permintaan dan kembali kepada asas; Yein&Young diperbuat daripada bahan organik berkualiti yang menjaga kesejahteraan dan juga alam sekitar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama ini, ikuti temu bual eksklusif Leong Wei Yein iaitu pengasas Yein&Young (LWY) bersama DIVA (D) di bawah;

D: Bagaimana Yein&Young mendapat idea untuk hasilkan produk yang berbeza (custom-made) mengikut keperluan dan permintaan?

LWY: Apabila mengetahui seseorang rapat menghidapi kanser dan betapa sensitifnya mereka pada produk yang digunakan; maka terhasil idea Yein&Young. Kami menawarkan rangkaian penjagaan kulit daripada bahan organik berkualiti yang menjaga kesejahteraan dan alam sekitar.

D: Untuk proses penapisan bahan mentah setiap produk pula, bagaimanakah Yein&Young melakukannya?

LWY: Kami sangat teliti dalam memilih bahan dan setiap bahan mentahnya adalah disahkan organik. Bahan-bahannya perlu ditanam, dituai dan diproses mengikut piawaian antarabangsa organik Ecocert atau USDA. Kami juga mengeluarkan bahan yang tidak gunakan bahan sintetik atau alergen seperti minyak wangi atau warna.

D: Apakah cadangan essential oils yang boleh Yein&Young sarankan pada mereka yang mahu campurkannya dalam produk?

LWY: Sesetengah orang ada alahan terhadap minyak wangi. Dalam produk tanpa wangian, kami sarankan untuk campurkan produk dengan pati tumbuhan semula jadi; Lavender Oil, Peppermint Oil atau Lemon Oil. Minyak yang berasaskan tumbuhan semulajadi ini dapat berikan manfaat terapeutik yang baik kepada kulit, kesihatan mental dan emosi.

D: Kongsikan apa kelebihan mencampurkan essential oils dalam produk tersebut. 

LWY: Sebagai contoh, Lavender Oil menyembuhkan kulit dan juga membantu menenangkan emosi dan menggalakkan tidur yang lena. Lemongrass Oil bagus untuk penggemar aktiviti luar; melindungi daripada serangga dan melegakan gigitan. Lemon Oil adalah minyak tulen daripada kulit limau, ia membantu memberi tenaga dan membersihkan kulit anda serta menaikkan mood pada masa yang sama.

D: Bolehkan Yein&Young syorkan beberapa produk yang sesuai untuk setiap jenis kulit?

LWY: Selain pensijilan Halal, produk Yein&Young disahkan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan lembut. Untuk produk yang sesuai dengan setiap jenis kulit, kami syorkan Yein&Young Organic Castile Soap, losyen, syampu dan perapi.

D: Di manakah pengguna boleh dapatkan produk Yein&Young?

LWY: Pengguna boleh beli produk Yein&Young di [WEB] rasmi dan beberapa lokasi lain seperti Craftiviti di Petaling Jaya, Cziplee di Bangsar, HIPSalon di TTDI dan Pharmacy@Publika dimiliki oleh Aluxcare Wellness.

“Kami hanya mengeluarkan produk semula jadi, khas untuk mereka yang menghargai bahan organik dan alam sekitar serta inginkan produk berkualiti tinggi.”- Yein&Young.

Click here to see full article.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s